My Blog List

  • Ramadhan - Salam semua.... Sempena bulan ramadhan ini, selaku hamba Allah yang hina ini, ana ingin memohon maaf jika ada salah yang sengaja atau tidak disengajakan......
    12 years ago
  • Allah Knows Best - Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want the laughter And the mer...
    12 years ago

Saturday, February 28, 2009

WaHaI MakhLuk AllAh Di MuKa BumI InI..

Dalam kitab Syeik Abdullah ada menyatakan bahawa setiap manusia di muka bumi ini akan hidup dalam 5 alam....

Yang Pertama:
Alam di dalam kandungan ibu.. Sesungguhnya semasa alam itu, kita hanya berehat kerana makanan telah diberikan dengan percuma dan pada masa itu jugalah nyawa kita telah diberikan dengan lafaz KUN FAYAKUN oleh Tuhan yang Maha Esa. Maka terciptalah seorang hamba Allah yang akan menghuni alam miliknya ini.

Yang Kedua:
Alam Fana (Alam yang penuh dengan cabaran) iaitu di muka bumi ini. Kita telah dipaksa oleh Allah supaya dikeluarkan dari rahim ibu dan dilafazkan azan ditelinga kanan.. Pada alam ini, kita bermula daripada bayi dan sampailah kita menjadi tua jika dipanjangkan umur. Alam kanak-kanaklah menjadi titik tolak terbentuknya seseorang insan itu.. Jika buruk didikannya maka buruklah dan jika baik didikannya maka baiklah.. Sebelum itu, wahai umat Islam sekalian, kita haruslah bersyukur bahawa kita dilahirkan dalam Islam. Cuba anda terfikir jika dilahirkan sebagai bukan Islam, Wallahualam... Semuanya ketentuan yang Maha Esa. Oleh yang demikian, apabila umur telah menjadi dewasa (remaja), pada zaman inilah pelbagai dugaan dan cabaran datang melanda. Hadis Rasullah ada mengatakan bahawa seorang remaja yang selalu berulang-alik dari masjid, dan hatinya selalu dengan mengingati Allah, maka dialah antara penghuni syurga Allah yang sedang berjalan di bumi Allah. Wahai remaja sekalian, ingatlah kamu bahawa tiada erti couple or dating dalam Islam. Hiduplah di dunia ini sebagai hambaNya yang sejati kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Setiap yang hidup pasti akan kembali. Kata-kata ulama ada mengatakan bahawa lebih baik kamu memegang besi yang panas daripada menyentuh tangan yang bukan muhrimmu.. Semaikanlah Cintamu kepada Allah Yang Esa kerana cintamu itu tidak akan padam malah InsyaAllah dapat memberikanmu petunjuk ke jalan yang benar. Amin...

Yang Ketiga:
Alam kubur. Matinya makhluk Allah, seseorang itu akan disembahyangkan dan disemadikan dalam tanah di mana tempat berasalnya kita. Pada masa inilah kita akan di tanya MaRaBBuka..
Siapa Tuhanmu?? Wallahualam... Hanya amalan kita dapat menentukannya. Mintalah dijauhkan dari siksa kubur..

Yang keempat:
Alam di padang mahsyar.. Semua orang akan dibangkitkan.. Adalah suara-suara yang mengatakan, 'Siapakah yang membangkitkan aku di tempat tidurku?? owh.. betullah apa yang tertulis dalam kitabNya... betullah tentang nabi2 terdahulu... Namun semuanya terlambat.. Pada masa ini, pelbagai jenis orang yang akan ditemui.. Pada masa ini, siapa yang akan membantu kita? Mama?? Never.. Papa?? No way... Sibling?? sorry... Boyfriend or husband?? oh please...
Hanya amalan yang kita kumpulkan dapat menolong kita. Anggota badan kita akan menjawab semuanya..

Yang kelima:
Alam syurga dan neraka... Semuanya akan terjawab disini... fikir-fikirkan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment