My Blog List

  • Ramadhan - Salam semua.... Sempena bulan ramadhan ini, selaku hamba Allah yang hina ini, ana ingin memohon maaf jika ada salah yang sengaja atau tidak disengajakan......
    12 years ago
  • Allah Knows Best - Allah knows what’s best for us So why should we complain We always want the sunshine But He knows there must be rain We always want the laughter And the mer...
    12 years ago

Friday, February 27, 2009

BoIkOt iSrAeL....

Sejak tercetusnya perang, kita selalu ternampak 'BOIKOT USA'.
Mungkin ada yang terfikir, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA jika orang Malaysia memboikot barangan mereka, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.

Itu tidak penting! Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, "Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu?"

Seperti sebuah kisah pada zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,

"Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang engkau siramkan itu".

Lalu menjawab burung itu, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.

Oleh yang demikian, janganlah kita menjadi seperti cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembuskan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak lagi walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan keatas api berkenaan...

No comments:

Post a Comment