Keheningan pagi itu telah mentarbiyah diri kerdil itu
Dalam suasana sunyi sepi
Namun dalam sepi itu kedengaran jelas
Panggilan illahi bersahut sahutan
Di segenap ruang
Panggilan untuk bangun dari mati seketika
Untuk meneruskan pengambaraan di bumiNya ini
Dalam keheningan itu
Insan itu terus menyelusuri
Jalan yang berliku untuk menyampaikan
Hanya satu matlamat..
Dalam keheningan pagi itu
Insan-insan yang terpilih telah
Bersama-sama menunaikan perintahMu
Bersama-sama memuliakan kitabMu
Bersama-sama memuji dan mensyukuri nikmatMu
Walaupun perjalan insan ini hanya berseorangan
Dalam menyelusuri jalan yang berliku ini
Namun di hatinya sentiasa ada Allah untuk menjaganya
Walau laluan gelap
Walau keheningan pagi
Walau tanpa teman
dia tetap akan meneruskan perjuangan walaupun sendirian
Kerana baginya tiada rehat dalam perjuangan…..
bukan kerana insan itu tiada teman dalam perjuangan ini
namun baginya biarlah hatinya terjaga dari segala penyakit hati
yang sangat susah di bendung
andai sampai ketikanya generasi yang di amanahkan ini
akan menerusakn perjuangan insan kerdil itu
Ramadhan
-
Salam semua.... Sempena bulan ramadhan ini, selaku hamba Allah yang hina
ini, ana ingin memohon maaf jika ada salah yang sengaja atau tidak
disengajakan......
12 years ago
No comments:
Post a Comment